KUTAI

Knowledge &

Understanding

of Tropical 

Architecture

& Interior

Introduction (EN)

KUTAI is an acronym for The Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior. The word ‘kutai’ is an old Malay word that refers to the traditional Perak Malays house designs called Rumah Kutai or Rumah Tua (literary means old house).

The founding initiative to establish SIG-KUTAI as the Research Centre for the Study of Heritage in Perak was the result of the relentless dedication and enthusiasm of several scholars from the Faculty of Architecture, Planning and Surveying at Universiti Teknologi MARA in Seri Iskandar. Thus, SIG-KUTAI or Special Interest Group KUTAI was established in 2000 with the sole purpose to create a platform for the exchange of ideas and knowledge with the noble intention to protect, preserve the diminishing legacy in the pursuit of the broader regional contextualism. 

Since its inception in 2000 SIG-KUTAI has undertaken to promote and organize many academic activities such as seminars and workshops to encourage an academic culture that enhances interest in scholarly pursuits within UiTM Perak Branch. In conjunction with the increase in the number of researchers holding PhDs with various expertise, SIG-KUTAI was consequently upgraded by UiTM Perak Branch into a fullfledge centre of excellence (COE) in 2009. Since then, COE-KUTAI has played a leading role in promoting various academic activities that further endorse UiTM Perak Branch as a campus with a niche area on Design and Built Environment. This important initiative is seen as a major step towards the recent rebranding exercise of UiTM as a whole is pushing for UiTM Perak Branch to become a fully autonomous university in the very near future.

Pengenalan(BM)

LATAR BELAKANG 

KUTAI digunakan sebagai singkatan (akronim) kepada Institute for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior. Nama “kutai” itu sendiri sinonim dengan gaya reka bentuk seni bina tradisional Melayu Perak yang juga dipanggil sebagai rumah Kutai atau rumah tua.

Inisiatif penubuhan KUTAI pada peringkat awal bertolak daripada perkongsian idea dan minat beberapa ahli akademik tentang penerusan atau survival warisan Melayu termasuk seni bina tradisional, seni dan kraf yang banyak terdapat dipersekitaran dan sepanjang Sungai Perak khasnya dan alam Melayu amnya. Dari perspektif ahli akademik dan penyelidik, Sungai Perak mempunyai nilai keaslian yang tinggi. Ia menempatkan perkampungan Melayu tradisional, masjid, makam dan keseluruhannya dilihat sebagai khazanah dan lubuk maklumat yang kaya dengan data-data yang berpotensi untuk dijadikan bahan penyelidikan.

Fenomena ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KUTAI diperingkat SIG (special interest group) pada tahun 2000 dengan tujuan mengabungjalin lebih ramai ahli akademik dari pelbagai latarbelakang disiplin keilmuan tetapi atas gagasan pemikiran dan wawasan yang sama. Semenjak 2000 SIG-KUTAI telah menjalankan pelbagai aktiviti ilmiah termasuk penganjuran seminar, memimpin dan menjalankan penyelidikan serta menjadi peneraju kepada pembinaan tradisi keilmuan dan kesarjanaan di UiTM Cawangan Perak.

Seiring dengan jumlah penyelidik yang semakin ramai memiliki PhD dan mempunyai bidang kepakaran tersendiri, SIG-KUTAI telah dinaiktaraf oleh pimpinan UiTM Cawangan Perak untuk dijadikan sebuah Pusat Kecemerlangan (COE) pada tahun 2009. Sejak itu COE-KUTAI telah memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam menjana aktiviti-aktiviti penyelidikan, penulisan dan perundingan. dijangka mampu membentuk medan kersarjanaan dan kepakaran yang lebih berwibawa serta sejajar dengan status UiTM Cawangan Perak sebagai sebuah kampus yang mempunyai “niche area” dalam bidang reka bentuk dan alam bina. (design and built-environment). Inisiatif ini merupakan persediaan kepada UiTM Perak untuk membentuk penjenamaan tersendiri; sejajar dengan hasrat pengurusan universiti untuk menjadikan UiTM Cawangan Perak sebagai sebuah universiti berotonomi di masa hadapan.