Philosophies

Philosophies

The tropical region represents the most densely populated area in the world. Within this region, there are many metropolitan cities that are swiftly developing, which results in countless disparities and ageold conflicts between the traditional and the modern. The Malay world also known as Nusantara lies at the centre of this region.

As a result, KUTAI or the Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior represents UiTM’s sensitivity towards mankind, nature and the environment. The centre aims to take up the responsibility by being at the forefront in academic research endeavors related to the tropical built environment of the Malay world. In reviving the diverse architectural identities, aesthetical qualities and historical heritage, various dimensions have to be considered. Three central domains that have been identified are EcologyTechnology and Tradition. By focusing on the above domains the local architectural and cultural scenario can be enriched with relation to its genius loci in providing the necessary time-honored icons for future generations. This is in line with UiTM Perak campus’s larger vision of having a centre with multiple niche areas in Sustainability, Design and Built Environment.

FALSAFAH

Lingkungan tropika mewakili kawasan yang terbesar di dunia dengan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi. Dalam lingkungan tropika ini juga terletak kawasan-kawasan metropolitan yang sedang membangun dengan pantas sehingga kepada kawasan perkampungan dan luar bandar yang serba ketinggalan menimbulkan konflik di antara permodenan dengan tradisional dan warisan. Alam Melayu yang terletak di kawasan gugusan kepulauan Melayu juga disebut sebagai Nusantara termasuk dalam lingkungan ini.

Penubuhan KUTAI adalah manifestasi kepada kepekaan dan keprihatinan UiTM terhadap alam sekitar dan kemanusiaan. KUTAI berhasrat menjadi peneraju kepada penyelidikan dalam bidang berkaitan alam bina tropika terutamanya di alam Melayu. Dalam kepelbagaian isu yang menarik, tiga domain utama dikenalpasti sebagai tumpuan penyelidikan iaitu Ekologi, Teknologi dan Tradisi. Tiga domain ini menjadi asas kepada penerokaan isu-isu berkaitan “genius loci” dalam memperkasa kepakaran dan kebijaksanaan tempatan dalam menangani aspek pelestarian alam dan manusia.