T.A.M.A.N
PENGENALAN
Taman Alam Melayu Nusantara | T.A.M.A.N ditubuhkan pada bulan Mei 2012 dengan kerjasama Centre of Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior | KUTAI UiTM (Perak). T.A.M.A.N digunakan sebagai singkatan (akronim) bertolak daripada Projek Penyelidikan ScienceFund bertajuk Model Rekabentuk Konsep Taman Melayu yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi | MOSTI.
Wujudnya T.A.M.A.N adalah berdasarkan manifestasi kepekaan Centre of Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior | KUTAI serta keprihatinan UiTM terhadap alam sekitar dan kemanusiaan.
Bidang senibina landskap yang merangkumi aspek kesenian, sains dan teknologi ini merupakan satu platform yang terbaik untuk mengembangkan lagi sejarah serta kegemilangan warisan Melayu dari segala aspek berkaitan kepercayaan dan budaya fikir masyarakat Melayu yang berkait rapat dengan adat dan budaya persekitarannya. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab dan inisiatif T.A.M.A.N bagi menggalakkan, mewujudkan dan meningkatkan imej serta identiti reka bentuk landskap Melayu berdasarkan aspek fizikal mahupun metafizikal.
Kombinasi serta perletakan elemen landskap yang terperinci akan diketengahkan berdasarkan pengamatan lawatan tapak dalam dan luar negara serta pengkajian bahan rujukan lain seperti manuskrip Melayu lama, hikayat, sajak, puisi, gurindam, filem Melayu lama serta kajian para pengkaji sebelumnya berkaitan konsep taman Melayu ini.
OBJEKTIF
1. Menjadi pusat rujukan berkaitan landskap Melayu sejajar dengan fungsi dan krediabiliti KUTAI sebagai medan untuk para pelajar, penyelidik dan ilmuan menjalankan kerja-kerja ilmiah melalui aktiviti penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang reka bentuk dan alam bina tropika.
2. Menjalin hubungan dua hala melalui aktiviti kolabrasi bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan terutamanya komuniti pendidikan tinggi, orang awam dan organisasi yang memberi tumpuan khas kepada bidang alam bina tropika dan Dunia Melayu.
3. Memperkasa serta memperkenalkan lagi nama KUTAI khususnya dan UiTM (Perak) amnya sebagai sebuah institusi penyelidikan tersohor yang menjadi peneraju kepada para pemikir berkaitan perkembangan ilmu dan kefahaman dalam bidang rekabentuk Melayu dan alam bina tropika.
BIDANG KEPAKARAN
1. Senibina Landskap
2. Landskap Melayu
3. Landskap Pelancongan
4. Perancangan dan Pembangunan Landskap
AKTIVITI
1. Menyertai persidangan, seminar, kursus, penulisan journal dan kertas kerja samada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
2. Kolabrasi bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan terutamanya institusi pengajian tinggi, badan-badan professional, pusat rujukan dan orang awam.
3. Lawatan tapak ke kawasan atau perkampungan tradisional Melayu dalam dan luar negara yang berpotensi untuk dijadikan contoh kepada pemebentukan Model Rekabentuk Konsep Taman Melayu.
4. Memberi khidmat nasihat dan rujukan khusus kepada bidang senibina landskap dan Alam Melayu.